Tuesday, 5 August 2014

Agama Kristian

AGAMA KRISTIAN
     Seperti yang kita semua maklum, selain agama Islam, Buddha serta Hindu yang dianuti di oleh rakyat di negara ini, terdapat juga kaum-kaum yang menganuti agama Kristian. Seperti yang kita sudah maklum juga, setiap agama mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri.
     Bagi masyarakat yang menganuti agama Kristian, mereka mempercayai bahawa Nasi Isa A.S yang dikenali sebagai Jesus Christ adalah Tuhan mereka dan berpegang kepada kitab Bible. Tanda salib atau tanda palang menjadi satu simbol bagi agama ini.
     Antara amalan yang diamalkan oleh agama ini adalah upacara pembaptisan. Upacara ini merupakan upacara untuk meraikan kelahiran atau kemasukan seseorang dalam agama Kristian. SElain itu, upacara Eukaris iaitu perhimpunan suci atau makan malam terakhir yang menghidangkan roti serta wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus.
     Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan hari Natal atau lebih dikenali sebagai hari Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.

     Selain perayaan Krismas, mereka juga menyambut  'Good Friday' sempena memperingati peristiwa Tuhan mereka disalib. Mereka percaya bahawa Jesus Christ telah dihidupkan semula oleh Tuhan pada hari Ahad yang berikutnya. Perayaan 'Easter Day' pula disambut sebagai hari kebangkitan Jesus.
   

No comments:

Post a Comment