Agama ini diwujudkan sejak awal abad ke-8 S.M. Walaubagaimanapun, ketika itu ianya tidak dienali sebagai agama hindu tetapi dikenali dengan nama agama Brahma. Agama Hindu dikelasifikasikan menerusi sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kumpulan Hindu. Agama ini dihidupkan dengan kewujudan kitab-kitab suci besar yang merangkumi pegangan hidup bagi penganut agama hindu. Antaranya ialah Veda, Undang-Undang Manu, Mahabhrata, Gita, Yoga Bashistha, Ramayana.
pengaruh Hindu di kerajaan yang terbesar adalah Majapahit, Sriwijaya, Airlangga dan banyak lagi. Jika kita mengulas kembali lembaran-lembaran catatan sejarah kejayaan agama Hindu Budha di sesebuah kerajaan jelas sekali bahawa pengaruh spiritual Hindu begitu cepat meluas animisme di sesebuah kerajaan, dan agama baru yang dibawa oleh pendeta Hindu mampu mempengaruhi masyarakat setempat sehingga lah sekarang.
PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan berbalik kepada peristiwa itu,Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Sehubungan dengan itu, masyarakat Hindu memasang pelita pada setiap Hari Deepavali pada setiap tahun.Pelita yang dipasang dalam barisan adalah melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan bermandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil dua puluh empat jam. sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.
Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain lebih- lebih lagi pelancong asing. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini. Kadangkala, sebahagian daripada mereka melancong ke Malaysia adalah bertujuan untuk menyaksikan upacara yang diadakan itu. Justeru,kerajaan menjadikan perkara ini sebagai serampang dua mata.
HARI THAIPONGGOL
Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari. Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijirin yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
HARI WESAK
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
· * Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
· *Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
* Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT HINDU DI MALAYSIA
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
NASI BERIANI
Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.
MURUKKU
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
PUTU MAYAM
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai makanan sampingan.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk..
NEI URUNDAI
NEI URUNDAI ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal .
ADHIRASAM
ADHIRASAM menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India . Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) . Jika anda dapat adunan paagu yang betul , adhirasam dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat .
Pakaian Tradisi India
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Walau bagaimanapun, gambar-gambar di atas tidak menggambarkan kaum yang memakainya kerana mereka adalah model, dan tidak menggambarkan pakaian semasa masyarakat Malaysia yang lebih memilih cara pakaian moden, ringkas dan kebaratan. Pakaian orang Islam juga pada masa kini lebih kepada menutup aurat dan bertudung. Pakaian-pakaian di atas biasanya ditemui semasa majlis kebudayaan atau perkahwinan.
KEPERCAYAAN KAUM INDIA
Kaum India kebanyakkanya beragama Hindu.Keluarga merupakan unit asas yang terpenting.Kaum India mengamalkan sistem keluarga bersama(joint family).Konsep tersebut membentuk keperibadian dan jati diri .India agar bertindak mengikat lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka .Keluarga bersama dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri dan anak-anak yang belum berkahwin .Sekiranya anak perempuan berkahwin, mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya .Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriah sebagai penyambung keturunan .Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian kaum India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik .Ianya dapat menghindar kaum tersebut dari malakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka .Perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua anggota keluarga amat dititikberatkan .Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda .Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma yang merupakan tahap yang harus dilalui oleh manusia dan puransartha iaitu empat objektif mulia yang pasti ada pada setiap insan seperti berikut:
(a)Aram/dharma
(b)Porul/artha
(c)Inbam/kama
(d)Vidu/moksha
Agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya .Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan .Sekiranya mereka mengamalkan nilai-nilai murni maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingganya mencapai mokhsa iaitu bekas daripada pusingan kelahiran .Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan .
Hello dan selamat sejahtera. Saya mohon kebenaran untuk menggunakan sedikit sebanyak maklumat yang ada di artikel ni bagi menyiapkan tugasan saya berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Terima kasih.
ReplyDelete