Pengenalan
Di Malaysia,masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar selain daripada kaum Melayu dan kaum India.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,hubungan politik dan perdagangan antara Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan China telah wujud berabad lamanya.Ekoran daripada hubungan politik dan perdagngan yang kuat antara kedua-dua buah kerajaan,China pernah berperanan sebagai pelindung kepada Melaka daripada ancaman Siam pada ketika itu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 disebabkan oleh faktor keperluan tenaga buruh yang semakin meningkat di Tanah Melayu yang dibawa masuk oleh British bagi menangani masalah kekurangan tenaga buruh.
Keadaan hidup yang lebih membaik di Tanah Melayu telah menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu.Kebanyakan orang Cina datang sebagai tenaga buruh atau tukang kraf.
Mereka datang seorang diri tanpa keluarga dengan harapan apabila memperoleh gaji yang lumayan mereka ingin dihantar balik ke China atau membawa ahli keluarga ke Tanah Melayu.Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu telah membawa masuk agama,bahasa dan budaya mereka kekal sehingga hari ini.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Cina bebas untuk mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boeh memberi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup selagi tidak bertentangan atau bercanggah dengan adab dan budaya mereka.
Majoriti masyarakat Cina merupakan penganut agama Buddha. Mereka mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Perayaan yang disambut oleh mereka seperti Hari Tahun Baru Cina,Hari Wesak, dan Pesta Kuih Bulan.
Selain itu,mereka mempercayai kehidupan semula selepas mati.Di samping itu,mereka juga mempercayai pada nasib dan tuah yag sebut sebagai “ong” dan ”feng shui”.
Bagi penganut agama Buddha mereka akan pergi ke temple atau tokong utuk bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender Cina pada setiap bulan.
Terdapat juga masyarakat Cina yng menganuti agama Kristian. Mereka yang beragama Kristian akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Bagi penganut agama Kristian mereka akan menyambut perayaan Hari Krismas.
Makanan
Masyarakat Cina juga kaya dengan makanan tradisi mereka yang tersendiri. Pelbagai juadah dan hidangan akan disediakan apabila menyambut sebarang perayaan dengan suasana yang meriah.
BAK KUT THE
Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ianya ialah sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup dan di sertakan dengan bermacam-macam jamu.Ianya biasa dimakan dengan nasi putih dan ditemani secangkir teh China.
LOK-LOK
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan daripada sayuran, daging dan makanan laut.
CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia dibuat daripada kuey teow yang digoreng di atas api panas bersama kicap dan sos serta cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan.
JIAOZI
Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, terdapat satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang Cina berkumpul mereka akan makan dan Jiaozi menjadi makanan utama mereka lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China.
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Perayaan
Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai perayaan yang akan disambut mengikut tarikh pada kalender mereka.
Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia.
Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama sebagai melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga hari Chap Goh Mei sebagai penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina.
Hari Chap Goh Mei
Hari Chap Goh Mei menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Ianya jatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.
Hari Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan.
Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina.Perayaan ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari tersebut, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Pakaian
Masyarakat Cina juga mempunyai pakaian tradisional yang menarik dan cantik yang akan dipakai apabila menyambut sebarang perayaan misalnya cheongsam atau ‘baju panjang’ dapat dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan terdapat belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Selain itu,Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Pakaian tradisional kaum Cina lelaki
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
Pakaian tradisinal kaum Cina perempuan
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.
Motif-motif yang terdapat pada pakaian tersebut mempunyai makna-makna tertentu:
• Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
• Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
• Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.
• Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.
• Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.
salam, admin minta izin copy
ReplyDelete