Thursday, 7 August 2014

Sumber Rujukan


Intihan

                Ternyatalah walaupun masyarakat di Malaysia menganuti pelbagai agama,fahaman dan ajaran tetapi konsep yang terdapat pada setiap agama adalah sama iaitu menitiberatkan akan kebaikan,kesemakmuran,kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan.
                Walaupun berbeza dari segi agama bukan bermakna permuafakatan dan kesefahaman tidak boleh dicapai malahan ianya menjadi satu kelebihan untuk kita saling mengenali setiap agama yang terdapat di negara tercinta ini.
                Selain itu,masyarakat di Malaysia juga perlulah mencermikan kematangan dalam diri dengan saling menghormati penganut agama yang lain di negara ini, barulah perpaduan antara masyarakat berbilang bangasa dapat diperkukuhkan lagi.

                Tambahan lagi,sebagai individu yang bertanggungjawab,kita hendaklah menjaga dan tidak sesekali menyentuh sebarang isu-isu yang melibatkan agama untuk kepentinga diri semata-mata, sebaliknya perkara sebegini perlu dielakkan demi menjaga keamanan dalam negara ini.

Wednesday, 6 August 2014

Agama Buddha

MASYARAKAT CINA

Pengenalan
Di Malaysia,masyarakat Cina merupakan  kaum yang kedua terbesar selain daripada kaum Melayu dan kaum India.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,hubungan politik dan perdagangan antara Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan China telah wujud berabad lamanya.Ekoran daripada hubungan politik dan perdagngan yang kuat antara kedua-dua buah kerajaan,China pernah berperanan sebagai pelindung kepada  Melaka daripada ancaman Siam pada ketika itu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 disebabkan oleh faktor keperluan tenaga buruh yang semakin meningkat di Tanah Melayu yang dibawa masuk oleh British bagi menangani masalah kekurangan tenaga buruh.
Keadaan hidup yang lebih membaik di Tanah Melayu telah menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu.Kebanyakan orang Cina datang sebagai tenaga buruh atau tukang kraf.
Mereka datang seorang diri tanpa keluarga dengan harapan apabila memperoleh gaji yang lumayan mereka ingin dihantar balik ke China atau membawa ahli keluarga ke Tanah Melayu.Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu telah membawa masuk agama,bahasa dan budaya mereka kekal sehingga hari ini.

Agama dan Kepercayaan
Masyarakat Cina bebas untuk mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boeh memberi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup selagi tidak bertentangan atau bercanggah dengan adab dan budaya mereka.
Majoriti masyarakat Cina merupakan penganut agama Buddha. Mereka mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Perayaan yang disambut oleh mereka seperti Hari Tahun Baru Cina,Hari Wesak, dan Pesta Kuih Bulan.
Selain itu,mereka mempercayai kehidupan semula selepas mati.Di samping itu,mereka juga mempercayai pada nasib dan tuah yag sebut sebagai “ong” dan ”feng shui”.
Bagi penganut agama Buddha mereka akan pergi ke temple atau tokong utuk bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender Cina pada setiap bulan.
Terdapat juga masyarakat Cina yng menganuti agama Kristian. Mereka yang beragama Kristian akan pergi ke gereja  pada hari Ahad untuk bersembahyang. Bagi penganut agama Kristian mereka akan menyambut perayaan Hari Krismas.

Makanan
Masyarakat Cina juga kaya dengan makanan tradisi mereka yang tersendiri. Pelbagai juadah dan hidangan akan disediakan apabila menyambut sebarang perayaan dengan suasana yang meriah.

 BAK KUT THE


Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ianya ialah sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup dan di sertakan dengan bermacam-macam jamu.Ianya biasa dimakan dengan nasi putih dan ditemani secangkir teh China.

 LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan daripada sayuran, daging dan makanan laut.

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia dibuat daripada kuey teow yang digoreng di atas api panas bersama kicap dan sos serta cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

 KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan.

 JIAOZI

Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, terdapat satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang Cina berkumpul mereka akan makan dan Jiaozi menjadi makanan utama mereka lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China.

 KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.


Perayaan
Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai perayaan yang akan disambut mengikut tarikh pada kalender mereka.

Tahun Baru Cina

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia.

Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama sebagai melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga  hari Chap Goh Mei sebagai penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina.

Hari Chap Goh Mei


Hari Chap Goh Mei menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Ianya jatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.

Hari Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan.

Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina.Perayaan ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari tersebut, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.


Pakaian

Masyarakat Cina juga mempunyai pakaian tradisional yang menarik dan cantik yang akan dipakai apabila menyambut sebarang perayaan misalnya cheongsam atau ‘baju panjang’  dapat dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan terdapat belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

Selain itu,Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.



Pakaian tradisional kaum Cina lelaki

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

 Pakaian tradisinal kaum Cina perempuan

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.

Motif-motif yang terdapat pada pakaian tersebut mempunyai makna-makna tertentu:
• Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
• Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
• Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.
• Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.
• Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.

Agama Hindu

AGAMA HINDU

Agama ini diwujudkan sejak awal abad ke-8 S.M. Walaubagaimanapun, ketika itu ianya tidak dienali sebagai agama hindu tetapi dikenali dengan nama agama Brahma. Agama Hindu dikelasifikasikan menerusi sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kumpulan Hindu. Agama ini dihidupkan dengan kewujudan kitab-kitab suci besar yang merangkumi pegangan hidup bagi penganut agama hindu. Antaranya ialah Veda, Undang-Undang Manu, Mahabhrata, Gita, Yoga Bashistha, Ramayana.

pengaruh Hindu di kerajaan  yang terbesar adalah Majapahit, Sriwijaya, Airlangga dan banyak lagi. Jika kita mengulas kembali lembaran-lembaran catatan sejarah kejayaan agama Hindu Budha di sesebuah kerajaan jelas sekali bahawa pengaruh spiritual Hindu begitu cepat meluas animisme di sesebuah kerajaan, dan agama baru yang dibawa oleh pendeta Hindu mampu mempengaruhi masyarakat setempat sehingga lah sekarang.


PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan berbalik kepada peristiwa itu,Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Sehubungan dengan itu, masyarakat Hindu memasang pelita pada setiap Hari Deepavali pada setiap tahun.Pelita yang dipasang dalam barisan adalah melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan bermandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.



HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil dua puluh empat jam. sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.

Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain lebih- lebih lagi pelancong asing. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan  suasana menarik semasa sambutan perayaan ini. Kadangkala, sebahagian daripada mereka melancong ke Malaysia adalah bertujuan untuk menyaksikan upacara yang diadakan itu. Justeru,kerajaan menjadikan perkara ini sebagai serampang dua mata.

HARI THAIPONGGOL

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari. Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijirin yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

·    * Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
·     *Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
* Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT HINDU DI MALAYSIA

ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

NASI BERIANI

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai makanan sampingan.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk..

NEI URUNDAI

NEI URUNDAI ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal .

ADHIRASAM

ADHIRASAM menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India . Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) . Jika anda dapat adunan paagu yang betul , adhirasam dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat .


Pakaian Tradisi India

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.



Walau bagaimanapun, gambar-gambar di atas tidak menggambarkan kaum yang memakainya kerana mereka adalah model, dan tidak menggambarkan pakaian semasa masyarakat Malaysia yang lebih memilih cara pakaian moden, ringkas dan kebaratan. Pakaian orang Islam juga pada masa kini lebih kepada menutup aurat dan bertudung. Pakaian-pakaian di atas biasanya ditemui semasa majlis kebudayaan atau perkahwinan.


KEPERCAYAAN KAUM INDIA

Kaum India kebanyakkanya beragama Hindu.Keluarga merupakan unit asas yang terpenting.Kaum India mengamalkan sistem keluarga bersama(joint family).Konsep tersebut membentuk keperibadian dan jati diri .India agar bertindak mengikat lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka .Keluarga bersama dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri dan anak-anak yang belum berkahwin .Sekiranya anak perempuan berkahwin, mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya .Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriah sebagai penyambung keturunan .Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian kaum India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik .Ianya dapat menghindar kaum tersebut dari malakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka .Perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua anggota keluarga amat dititikberatkan .Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda .Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma yang merupakan tahap yang harus dilalui oleh manusia dan puransartha iaitu empat objektif mulia yang pasti ada pada setiap insan seperti berikut:

(a)Aram/dharma
(b)Porul/artha
(c)Inbam/kama
(d)Vidu/moksha

Agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya .Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan .Sekiranya mereka mengamalkan nilai-nilai murni maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingganya mencapai mokhsa iaitu bekas daripada pusingan kelahiran .Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan .

Tuesday, 5 August 2014

Agama Kristian

AGAMA KRISTIAN
     Seperti yang kita semua maklum, selain agama Islam, Buddha serta Hindu yang dianuti di oleh rakyat di negara ini, terdapat juga kaum-kaum yang menganuti agama Kristian. Seperti yang kita sudah maklum juga, setiap agama mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri.
     Bagi masyarakat yang menganuti agama Kristian, mereka mempercayai bahawa Nasi Isa A.S yang dikenali sebagai Jesus Christ adalah Tuhan mereka dan berpegang kepada kitab Bible. Tanda salib atau tanda palang menjadi satu simbol bagi agama ini.
     Antara amalan yang diamalkan oleh agama ini adalah upacara pembaptisan. Upacara ini merupakan upacara untuk meraikan kelahiran atau kemasukan seseorang dalam agama Kristian. SElain itu, upacara Eukaris iaitu perhimpunan suci atau makan malam terakhir yang menghidangkan roti serta wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus.
     Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan hari Natal atau lebih dikenali sebagai hari Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.

     Selain perayaan Krismas, mereka juga menyambut  'Good Friday' sempena memperingati peristiwa Tuhan mereka disalib. Mereka percaya bahawa Jesus Christ telah dihidupkan semula oleh Tuhan pada hari Ahad yang berikutnya. Perayaan 'Easter Day' pula disambut sebagai hari kebangkitan Jesus.
   

Agama Islam

Assalamualaikum kepada semua pembaca pada hari ni saya ingin berkongsi kepada anda semua berkaitan agama islam dan kebudayaanya dari segi perayaan, makanan, pakaian dan kepercayaan. Agama Islam mengamalkan kebudayaan melayu, berbahasa melayu dan berketurunan melayu. Harap kepada semua pembaca dapat sedikit pengetahuan atas perkongsian saya ini.

PENGERTIAN ISLAM
Perkataan islam berasal dari bahasa arab yang bererti sejahtera, aman, harmoni. Istilahnya pula bermakna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa penuh keyakinan serta melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangannya

MAKSUD ISLAM
Islam ialah agama ciptaan Allah yang lengkap dan sempurna dengan peraturan yang berkaitan kehidupan manusia dari bagi seorang diri, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegeraan serta menghubungkan manusia dengan tuhan untuk menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat

PERAYAAN
Bagi umat islam mereka akan meraikan dua perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


HARI RAYA AIDILFITRI
   


Pada 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari RayaPuasa. Hari Raya ini disambut selepas   kewajipan puasa pada bulan Ramadhan berakhir.

Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat penghujung bulan Ramadhan. Apabila sudah ditentukan Hari Raya Aidilfitri umat islam akan bertakbir hari raya dia masjid ataupun surau pada waktu malamnya. Pada pagi 1 Syawal, semua umat islam lelaki dan perempuan akan pergi ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, umat islam akan membuat persiapan terlebih awal seperti menyediakan pakaian baru bagi keluarga, meghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang akan datang berkunjung ke rumah. Selain itu, umat islam juga diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar pembayaran zakat ini berdasarkan harga beras semasa. Hasil dari pembayaran zakat tersebut akan didermakan kepada golongan yang telah ditentukan.
Umat islam akan mengambil kesempatan atas cuti pada hari raya pulang ke kampung untuk menyambut hari raya dikampung bersama keluarga serta sanak saudara masing masing. Pada pagi 1 Syawal umat islam akan mengambil kesempatan untuk bersalaman dan memohon keampunan kepada ibu-bapa, ahli keluarga, sanak saudara serta dari yang muda kepada yang tua. Umat islam juga akan kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat untuk bermaaf-maafan serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pada Hari Raya Aidilfitri, umat islam akan menyediakan makanan tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol dan lain-lain untuk menjamu tetamu yang berkujung ke rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula mereka akan merasai kemeriahan berhari raya dengan memakai pakaian baru dan mendapat duit raya. Amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak ini dianggap satu amalan sedekah.



HARI RAYA AIDIL ADHA





Hari Raya Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji. Hari raya ini menandakan tamatnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas Jemaah haji mengerjakan wukuf dia Arafah. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S. Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.

Umat islam menyambut Aidiladha pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Pada Hari Raya Aidiladha umat islam yang berkemampuan akan digalakkan untuk menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban bagi mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail. Daging yang disembelih akan dibahagikan kepada golongan yang tertentu terutamanya golongan fakir miskin. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid dan diikuti dengan solat sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian Jemaah akan deperdengarkan dengan khutbah berkaitan pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim. Selepas itu umat islam akan berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengeratkan silaturrahim sambil menjamu selera.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
         



Perkataan ‘maulid’ berasal daripada Bahasa Arab bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut ‘maulidur Rasul’ bermaksud hari keputeraan Jujungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20April tahun Mashi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

Hari maulid dirayakan oleh umat islam. Hari maulid akan menjadi hari cuti umum di negraa kita kerana agama islam agama rasmi di Malaysia. Maulidur Rasul disambut dengan berbagai-bagai cara. Setiap negeri akan mengadakan sambutan secara besar-besaran.Biasanya sambutan Maulidur Rasul akan diadakan dengan mengadakan syarahan tentang Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, berselawat, perarakan dan lain-lain. . Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.

Seterusnya, saya ingin berkongsikan kepada anda makanan orang melayu di Malaysia. Bagi orang islam makanan yang boleh dimakan haruslah makanan yang halal, bersih dan berkhasiat. Terdapat pelbagai makanan tradisional bagi orang melayu seperti dodol, lemang dan lain-lain. Jom kita lihat makanan ape yang dimakan oleh masyarakat melayu.

NASI LEMAK
                         


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran orang Malaysia dan Singapura terutamanya pada sebagai sarapan pagi. Nas lemak ialah nasi yamg dimasak dengan santan kelapa untuk merasakan lemaknya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal tumis. Tetapi sekarang pelbagai lauk yang dimakan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.



 LEMANG  
                 
Lemang sejenis makanan yang digemari oleh orang ramai. Lemang hanya terdapat apabila tibanya Hari Raya. Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Lemang akan dihidangkan dengan serunding atau rendang.

DODOL
                           


Dodol sejenis makanan yang dikategorikan dalam kumpulan manisan. Dodol terkenal di negeri Melaka. Membuat dodol dikatakan rumit. Gologan yang mahir membuat dodol terdiri daripada mereka yang telah berusia. Dodol akan dihidangkan kepada tetamu pada hari yang tertentu seperti kenduri dan hari raya.


Seterusnya ialah pakaian bagi masayarakat melayu. Masyarakat melayu terdapat di pelbagai negeri yang menunjukkan setiap negeri mempunyai pakaian tradisionalnya tersendiri. Secara keseluruhannya orang melayu memakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki sebagai tradisi. Cuma reka bentuknya sahaja yang membezakan setiap negeri. Ramai juga yang gemar memakai baju kebarung iaitu gabungan baju kurung dan baju kebaya.

MELAYU JOHOR

Baju kurung Johor menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang biasa. Ia mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri. Baju melayu Johor tidak mempunyai kolar dan baju akan dibiarkan luar samping.

MELAYU KEDAH



Baju kurung Kedah pula berpotongan pendek separas punggung dengan kain selisih.

MELAYU PULAU PINANG



Baju tradisional wanita Pulau Pinang pula adalah kebaya pendek yang dipadankan dengan kain batik atau songket selisih. Lelakinya pula mempunyai pengaruh pakaian golongan ‘Mamak’ yang banyak terdapat di Pulau Pinang, namun pakaian baju melayu dan samping yang dikenakan terdapat campuran budaya Melayu dan Mamak


MELAYU PERAK

Pakaian tradisonal Melayu Perak selain berbaju melayu teluk belanga, ia dipadankan dengan tengkolok potongan rendah. Wanitanya pula mengenakan pakaian baju kurung cekak musang dengan tali pinggang bengkung untuk mengikat samping. Manakala kain ditukar kepada seluar yang sama pakaian tradisional masyarakat Aceh, Sumatera.

MELAYU SELANGOR


Pakaian tradisional Melayu bagi negeri Selangor pula mempunyai pengaruh Bugis di mana lelakinya akan mengenakan jaket di luar selain baju melayu yang dipakai di bahagian dalam lengkap bersamping. Manakala wanitanya akan mengenakan baju potongan Bugis dengan bertali pinggang yang dipadankan dengan kain selisih.

MELAYU NEGERI SEMBILAN (MINANG)


Negeri Sembilan yang mendapat jolokan sebagai negeri Minang kerana perkaitan sejarahnya dengan Minangkabau di Sumatera, menerima pengaruh Minang bagi pakaian tradisionalnya. Biasanya wanita yang memakai pakaian tradisional Minang akan mengenakan tengkolok tanduk kerbau sebagai simbol budaya masyarakat Minang. Manakala pakaian tradisional lelaki mempunyai butang yang juga pengaruh daripada Minangkabau.


MELAYU MELAKA

Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung dengan mempunyai hiasan dada bercorak di bahagian bahu, manakala lelakinya mengenakan jaket di bahagian luar selain baju melayu.

Di Melaka juga mempunyai masyarakat Portugis akibat tinggalan penjajah Portugis di Melaka pada kurun ke-16. Pakaian tradisional wanitanya adalah gaun yang berlengan besar dan lelakinya mengenakan baju sut sama seperti di Barat.

MELAYU KELANTAN


Kelantan yang mendapat jolokan sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat pengaruh Siam terhadap pakaian tradisionalnya. Pakaian wanitanya mirip kepada pakaian wanita Siam dalam persembahan Makyong di mana mereka akan mengenakan mahkota dan tali pinggang besar (pending) di samping selendang yang besar. Pakaian lelakinya pula akan mengenakan jaket di luar.



Di Kelantan juga mempunyai ramai masyarakat Siam terutama sekali di daerah Tumpat. Masyarakat Siam ini yang berasal dari Thailand dan kebanyakannya beragama Buddha namun berasimilasi dengan budaya Melayu seperti dalam aspek makanan dan kehidupan seharian. Pakaian tradisional mereka mirip kepada masyarakat di Thailand.

MELAYU TERENGGANU


Pakaian tradisional orang Melayu Terengganu yang biasa dikenakan oleh masyarakat sekarang dengan baju kurung teluk belanga dan lelakinya baju melayu teluk belanga.

MELAYU PAHANG


Bagi negeri Pahang pula, potongan baju kurung wanitanya berpesak dengan potongan kembang di bawah tanpa berkekek, dan dipadankan dengan kain selisih. Namun ada juga yang memadankannya dengan kain susun di tepi. Ia juga dikenali sebagai Baju Riau Pahang kerana pengaruh kerajaan Melayu Riau yang pernah datang ke situ. Lelakinya mengenakan baju melayu cekak musang.

MELAYU PERLIS



Bagi negeri Perlis pula, pakaian wanitanya terkenal dengan kebayanya, dan lelaki pula mengenakan baju melayu yang berjaket di luar.


Akhir sekali, saya ingin berkongsi tentang kepercayaan kaum melayu. Dalam masyarakat melayu, pembentukan sahsiah diri dan keperibadian amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik,beragama,berbudi dan berakhlak mulia. Keluarga merupakan fungsi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini supaya keluarga dapat mendidik dan mangajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci. Semua kaum melayu mengamal agama islam dan adat istiadat masing-masing. Adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteras kepada syarak. Hal ini disebabkan jati diri kaum Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi.Perwatakan,adat dan kesusilaan kaum Melayu bersandar kepada prinsip tauhid dan hukum syarak.Penghayatan nilai tauhid dalam sistem kehidupan sama ada dalam entiti keluarga,masyarakat dan sistem pemerintahan negara.Islam merupakan agama dan sistem kepercayaan yang merupakan teras jati diri kaum Melayu.

Dahulunya, kaum melayu mempunyai pelbagai pantang larat yang digunakan sebagai tunjuk ajar dan nasihat yang patut diturun kepada anak cucunya yang seperti berikut :

1. Duduk atas bantal
2. Bergendang dalam rumah
3. Menjahit pada senja
4. Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
5. Bersiul atau bernyanyi di dapur
6. Tikus tidak boleh di seranah

Nukilan

                Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pembaca semua. Ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan blog ini khas buat tatapan para pembaca yang budiman sekalian. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat kami berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang kami perolehi kepada para pembaca semua dan diharapkan ianya dapat membantu menambahkan lagi pengetahuan para pembaca sekalian.
                Objektif bagi penghasilan blog kami ini adalah bertujuan untuk menjelaskan titik persamaan dan perbezaan agama yang terdapat di Malaysia. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa,agama,kaum dan suku. Setiap daripada mereka pasti menganuti pelbagai agama yang bersesuaian dengan prinsip kehidupan yang mereka pegang. Maka,tercetuslah pelbagai fahaman dan ajaran yang dibawa oleh setiap agama.